Sunday 1 April 2012

pancingan haruan kampung

Pada hujung minggu lepas, baru nie, 1 April 2012, aku bercadang nak kumpau haruan kat belakang rumah aku. Dengan berbekalkan umpan katak minyak sebanyak 4 ekor yang baru aku beli pada tengaharinye, aku ngan kapcai menyusur dilaluan belakang rumah dimana terdapat sungai kampung yang dikenali sebagai Sungai Lendu. Ikutkan memang tak plan awal – awal. Nie sume last minit punye plan sebab tengokkan petang tak tahu nak buat ape. Dengan set mancing kelas ringan iaitu joran Berkley dipadankan dengan Spinning Tomman Pecocok jenis untuk udang galah punye, dan tali berkekuatan 20 paun dengan ketebalan tali 0.23 mm sahaja, amatlah sesuai untuk balingan jauh selain kuat untuk menahan asakkan dan gigitan terhadap tali dari sang haruan. Lubuk pertama iaitu sungai mati berbentuk U didalam kawasan kebun getah orang. Kelihatan riak air yang tenang seakan – akan tiada penghuni namun jangan salah sangka. Kebanyakkan haruan suka kawasan yang tenang dan jauh dari kawasan orang selain dipenuhi dengan reba dan ranting kayu. Ini amat memudahkan haruan untuk berselindung dibalik kawasan tersebut selain untuk mengelakkan dari pemangsa seperti biawak besar atau orang panggial beriang bagi biawak yang bersaiz gabak. Ala – ala macam biawak komodo lah.. Balingan pertama tidak menampak riak air haruan akan menyambar, balingan kedua dan seterusnya hampa untuk mendapat strike. Agah lenguh aku memutarkan spinning. Setelah dalam 15 minit membuat balingan tanpa ada mendapat satu strike pun, aku gunakan plan menyamar dengan berganjak sedikit ke belakang dari tebing sungai dalam kira – kira 2 meter dari tebing dan aku membuat balingan semula. 3 kali je balingan, elok je umpan nak sampai tepi, tiba – tiba satu strike dipercayai haruan menarik umpan katak aku ke tengah dasar sungai. Aku meregangkan tali dalam gelendung untuk memastikan haruan memakan betul – betul umpan aku. Dalam beberapa ketika, aku menutup pin gelendung dan membiarkan tali tegang. Serentak dengan itu terus aku menyembat rod aku untuk memastikan mata kail tertancap kemas didalam mulut haruan. Dan jam tue lah haruan melawan kembali sentapan aku tue. Air berkocak besar dan lumut yang berada di kelililng turut berganjak dan tercabut dari akarnya. Kelihatan haruan kuat menarik umpan aku dalam usaha melepaskan diri tetapi dengan set pancingan yang aku bawak, tidak ada masalah untuk aku menarik dan mendaratkan haruan tersebut. Laa..lawan punyelah kuat tapi yang naik adalah dalam 300 gram punye besar.haha. Tapi papepun strike dan asakan haruan tue yang penting. Janji makan dan dapat beradu kekuatan tarik dengan haruan. Terbayang – bayang beb sampai nak ke tido jadinye. Lubuk kedua agak jauh sedikit dari lubuk pertama. Mencari pula haruan kedua namun setiap lubuk dan balingan member keputusan yang agak mengecewakan. Haruan mogok ke ape. Sambaran ade tapi tak nak makan umpan pulak. Pelik – pelik. Takpe, aku cari lagi dan kali ni aku terjumpe satu lubuk yang memang tenang sangat airnye walaupun kawasan tersebut adalah SUNGAI utama. Dengan panjang lubuk dalam 30 meter dan keadaan air yang gelap menyakinkan aku bahawa terdapat haruan disini berdasarkan pengalaman yang sedia ada nie dan kemungkinan ada yang layak di panggil haruan gabak dikawasan ini. Umpan katak dipasang dan turun ke tebing sungai untuk membuat balingan. Memang balingan awal tiada strike dari haruan, namun selepas dalam balingan ke depuluh agaknye, baru satu strike haruan menyambar umpan aku. Berdasarkan riak sambaran, haruan nie kecil lagi. Memang tepat agakkan aku. Bila aku sembat je, melayang haruan naik ke tebing. Adalah dalam besar 2 jari telunjuk ngan tengah. Tapi xpe, umpan masih ada, aku terus membuat balingan dan kali ini mendapat haruan pangkat abang muda. Takpe, aku yakin ada lagi yang bersaiz besar. Tetapi kene sabar untuk mendapatkannya. Dalam pada keinginan untuk mendapatkan haruan bersaiz besar selain masa yang nak masuk maghrib , aku berkira – kira untuk membuat balingan terakhir di satu kawasan yang agak tersorok berdekatan dengan tempat aku berdiri, aku karau laju umpan aku memandangkan berfikiran nak balik. Tetapi terbantut seketika apabila satu strike yang agak kasar membawa terus umpan aku ke dasar sungai. Mengagau aku melepaskan tali dari gelendung. Agak – agak tali yang aku lepaskan cukup untuk haruan menelan umpan aku, aku biarkan tegang dan sekejap tue jugak aku terus sembat pancing aku. Ape lagi terus melentur joran aku menahan asakkan si penghuni sungai. Dan ini memang haruan berdasarkan cara tarikan yang terkenal dengan cara mencari tempat untuk melepaskan diri bile memakan umpan. Joran Berkley aku ampuh untuk menahan asakan haruan tersebut dan tak lama selepas itu, timbul la haruan ke permukaan dengan mulut ternganga luas. Tanda sudah menyerah kalah la tue..hehe. aku naikkan ke darat dan timbang. Alhamdulillah haruan yang terakhir nie seberat setengah kilo. Walaupun belum tahap haruan gabak tapi syukur sebab ade haruan lagi yang bersaiz kasar. Yang bersaiz setengah kilo ke atas. Track record aku untk haruan di kawasan Sungai Lendu nie adalah 1.65 kilo seekor. Tuepun mase tahun 2008 kalau tak silap. Tapi selepas ade orang yang agak ketamakkan pam keluar air dan mengambil semua hasil sungai termasuk yang kecil membuatkan populasi haruan disini menjadi kurang dan susah untuk mendapatkan haruan yang bersaiz besar. Kalau dulu nak dapatkan setengah kilo dan keatas memang senang. Kadang – kadang sampai 2 – 3 ekor sekali bawak balik ke rumah untuk pancingan petang di satu lubuk sahaja!!. Tapi takpe lah..da rezeki diraong. Janji ada lagi haruan untuk aku pancing. Untuk next xpdc haruan, aku akan updatekan bila aku pergi memancing haruan lagi. Dan satu lagi., tunggu kemunculan artikel pasal Udang Galah jugak.. selain dari haruan, aku jugak berminat dalam pancingan Udang galah. Papepun tunggu jelah.

Monday 26 March 2012

Kelebihan Ayat Al - Kursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah
s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid B. Sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan. Memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

Nie adalah kelebihan dan dan hikmah membaca ayat Al - Kursi
Untuk amalan kita semua.....


Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya. Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."




Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.


Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a.

Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Banyak lagi fadhilat dan kelebihan yang ada dalam ayat Al - Kursi  nie..Namun yang ini sekadar panduan asas dan jika memperolehi sumber lain yang sahih..aku akan updatekan..semoga semua mendapat manfaat..